Sunday, February 17, 2013

Seperti biasa aku paling gemar mengurung diri di dalam bilik bila berseorangan di rumah..Suami ku telah keluar kerana ada urusan. Anak teruna bongsuku pun keluar jugak berkumpul dengan kawan-kawannya sambil memikul gitarnya..Maka begini lah aku ,berteman note book, televisyen dan bantal peluk kesayanganku.
Di waktu senggang begini,masa terasa lambat beredar.Tidak seperti minggu lepas ketika aku mengikuti kuliah ku di Kuala Lumpur,masa terasa bagai berputar ligat. Kuliah dan tugasan amat meletihkan. Hanya gurau senda teman-teman menjadi pengubat keletihan dan kelesuan.

No comments:

Post a Comment

WELCOME TO MY BLOG!!!