Monday, March 21, 2011

Tolong ingatkan aku...

1. Kita insan yang beruntung.

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.
Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran kecil. Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah. Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.
Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.
"Dan kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam Al -Quran dan melalui sabda Rasul" -Ibrahim: 14:45

Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurnia-Nya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)"

2. JANGAN!! JANGAN!! JANGAN!!

* Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
* Jangan makan dan minum dalam bekas sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
* Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah dugunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
* Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal.
* Jangan makan tanpa membaca BISMILLLAH dan doa makan. Nanti rezeki dikongsi syaitan.
* Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
* Jangan pakai sepatu atau selipar berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
* Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
* Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
* Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu-bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah.
* Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
* Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya,kalau gagal kecewa pula.
* Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki kita.
* Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
* Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita.
* Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
* Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.
* Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


3. BAHAGIA...

" Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas kepala sendiri, tetapi selalu berada di atas kepala orang lain" - Thomas Hardy

" Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya" - Saidina Ali Bin Abi Talib.

" Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? - Surah Al- An'am: 32.
4. Ambil Masa

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak keistimewaan yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.


5.


Saturday, March 19, 2011

Hot Air Balloon At Putrajaya



Kenangan bersama anak-anak di Putrajaya. Hidup ini penuh warna-warni seindah belon panas yang berterbangan.















































SDP hours




















WELCOME TO MY BLOG!!!