Wednesday, February 2, 2011

Coretanku....

Coretan 1
Hari ini ulang tahun perkahwinan ku yang ke 20.Tahniah! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan usiaku dan usia perkahwinanku. Walaupun tiada ucapan tahniah dan ucap selamat dari sesiapa pun ,aku tetap bersyukur.. Seperti biasa suamiku terlupa akan tarikh penting ini. Begitu lah lelaki, semua nya tidak penting bagi mereka.Pahit manis sepanjang 20 tahun ini. mengajarku supaya menjadi lebih kuat dan tabah. Tiada pencapaian yang membanggakan untuk diabadikan. Melihat anak-anak ku membesar sehingga menjadi remaja amat mengharukan aku. Walaupun aku tiada ilmu yang tinggi namun anak-anak ku membesar dengan sihat dan baik. Ahamdulillah....Muhammad Anas Najmi, Anisa Najwa dan Ammar Hadi adalah kurniaan Allah yang tiada tandingannya. Memikul amanah untuk membesar dan mendidik mereka adalah tanggung jawab yang amat membahagiakan. Aku sanggup menghadapi segalanya demi mendidik mereka sedaya mungkin. Ya Allah..berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi hari-hari mendatang..

Coretan 2..

Minggu ini adalah minggu yang memenatkan.Kerja-kerja di sekolah dan di rumah benar-benar mencabar kesabaranku.. Ya Allah .Engkau lah Yang Maha memberi Kekuatan. Sihatkan lah tubuh badanku..kuatkanlah jiwa ku.....Hanya dengan mengingati Mu aku bisa terasa mudah dan lega....Dan aku amat sedar bahawa di sana ada insan lain yang lebih perit dan sempit dalam menghadapi hidup ini.



Coretan 3...

Kadang-kadang aku terasa amat letih dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Terasa amat berat bebanan yang aku pikul ini. Segalanya harus aku uruskan sendiri...Hanya pada Mu tempat ku mengadu Ya Allah. Kuat kan lah iman ku dalam menghadapi dugaan ini..Berilah aku kecekalan.

Bisa kah dia memahamiku? Walau telah kucuba menjadi yang terbaik untuk nya tapi terlalu sukar rasanya memahami insan seperti dia. Kadang-kadang aku terfikir mengapakah aku dipertemukan dengan nya? Terlalu lama aku menunggu sesuatu yang tidak pernah menjadi kenyataan..Sulitkah untuk memahami aku? Ego kah aku kerana sering mengharap? Sebagai wanita aku rasa tidak salah aku mengharapkan sesuatu yang biasa dinikmati oleh orang lain..

Aku tidak mahu merungut ,apatah lagi menyesali segala yang telah di takdirkan untuk ku..Walau hati sering mengharap....Aku tahu Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Mungkin masanya belum tiba lagi.

Coretan 4

Telah lama benar rasanya aku tidak menjenguk blog ku ini....Syukur Alhamdulillah kini aku telah ditempatkan di sekolah baru yang sangat hampir dengan rumah ku. Akhirnya doaku terjawab jua. Aku cuma mengambil masa 10 minit sahaja untuk memandu ke sekolah. Rakan-rakan baru disini pun Alhamdulillah..(kebanyakkannya kenalan lamaku jua) ramah dan mesra.Namun ,bila mengenangkan teman lama di SK Pulau Tiga Kiri terasa sayu dan rindu. Tiada lagi teman untuk ku bersembang dan bergossip di waktu pagi. Tiada lagi teman untuk ku mengadu dan merujuk masalah.tiada lagi adik-adik yang meminta nasihat...ahhh rindu nya!!!
Kedudukan ku di sini meletakkan aku di sebuah pejabat kecil yang terasing daripada teman-teman. Inilah suatu perkara yang kurang menyeronokkan..aku suka bergaul dengan kawan-kawan setiap masa..aku perlu membiasakan diri dengan tugas-tugas baru ku ini. Aku sentiasa berharap Allah memberi ku kekuatan dan akal fikiran yang bernas untuk ku menjalankan tugas baru ku ini.


WELCOME TO MY BLOG!!!